Pemandu lori Korea Selatan meneruskan mogok di seluruh negara itu selepas rundingan dengan kerajaan berhubung kadar tambang minimum menemui jalan buntu.<br /><br />Mogok yang disertai sekitar 7,500 pemandu lori itu menuntut kerajaan melanjutkan peraturan sementara yang menjamin kadar pengangkutan minimum yang akan tamat tempoh pada akhir 2022.
